ITTIHAD TULLAB LUGHAH ARABIAH

Tuesday 4 December 2012

Jangan Bersedih


Wednesday 22 August 2012

عليك....


Saturday 28 July 2012

Solat : Jangan Tinggal Sama Sekali


Wednesday 18 July 2012

Nasihat Ramadhan 1



Tuesday 10 July 2012

Ramadhan Itu Bukan Tuhan



Realiti kita lihat pada adat dan kebiasaan masyarakat kita, kita hanya melakukan ibadah dengan bersungguh-sungguh pada bulan Ramadhan, dan meninggalkannya selepas Ramadhan usai.
Tiada penerusan di dalam kehidupannya pada sebelas bulan yang lain, seakan-akan Ramadhan itu tidak pernah dilaluinya.
Kalau di dalam Ramadhan dia sanggup bertarawih hingga 20 rakaat, tetapi di luar Ramadhan, solat fardhu pun dilewat-lewatkan. Kalau di dalam Ramadhan dia sanggup menghabiskan 30 juzu’ Al-Quran sebulan, tetapi sebelas bulan lain hendak menyentuh Al-Quran pun sukar. Kalau di dalam Ramadhan dia sanggup menahan segala perbuatan mungkar dan maksiat, tetapi di dalam sebelas bulan lain seakan tidak pula wujud halal dan haram.
Seakan-akan, Tuhan kita adalah Ramadhan, bukannya Allah SWT.
Seakan-akan, kita menyembah Ramadhan, bukannya Allah SWT.
Sedangkan, Ramadhan tidak sesekali menjadi Tuhan di dalam kehidupan kita.
Melainkan Ramadhan hanyalah alat untuk mencapai ketaqwaan dan menjadikan kita hamba Allah SWT yang hakiki.

Allah kekal wujud walau di luar Ramadhan
Allah SWT itu hidup dan tidak akan mati. Allah SWT itu tidak mengantuk atau terlalai walau sehari. Allah kekal wujud walau Ramadhan telah berakhir nanti.
Yang kita sembah hanyalah Allah SWT. Kita tidak menyembah Rasulullah SAW walaupun baginda adalah manusia yang termulia di dunia. Kita juga tidak sesekali menyembah Ramadhan walaupun Ramadhan merupakan bulan yang termulia antara bulan-bulan yang ada.
Maka perlulah kita jelas akan niat kita melakukan segala amalan di dalam Ramadhan.
Untuk apakah? Adakah semata-mata untuk mengumpul banyak pahala, kemudian dihabiskan pahala itu dengan dosa-dosa di luar Ramadhan? Maka apakah makna Ramadhan?
Yang memberikan kita pahala atas segala ibadah kita di dalam Ramadhan adalah Allah SWT. Allah SWT yang sama jugalah yang memberikan pahala atas ketaatan kita kepadaNya di bulan-bulan yang lain. Allah SWT jugalah yang menawarkan kita ganjaran itu dan ini di dalam bulan Ramadhan. Allah SWT yang sama jugalah yang menawarkan kita syurga sekiranya kita kekal hidup dalam ketaatan kepadanya di bulan-bulan lain.
Tetapi mengapa kita hanya bersungguh-sungguh di dalam Ramadhan sahaja?
Adakah Allah tidak wujud pada bulan yang lain?

Ramadhan hanyalah wasilah
Wasilah bermaksud jalan yang menyampaikan. Kalau kita hendak berjaya di dalam pengajian, maka antara wasilahnya adalah studi bersungguh-sungguh.
Wasilah juga boleh dimaksudkan sebagai alat. Hendak membuka skru, maka wasilah kita adalah dengan menggunakan screw driver.
Wasilah juga boleh dimaksudkan sebagai metod. Hendak mendidik anak cepat membaca, maka wasilahnya adalah dengan membiasakannya dengan kad-kad huruf semenjak kecil.
Ramadhan hanyalah wasilah. Bagi memudahkan kita, hamba Allah SWT ini mencapai ketaqwaan, dan menjadi hambaNya yang terbaik. Wujudnya bulan Ramadhan yang penuh di dalamnya dengan ganjaran, dikurangkan pula aura kejahatan di dalamnya, semua itu untuk membuka jalan bagi kita melatih diri menjadi hamba Allah SWT yang terbaik.
Bagi yang memerhati, maka dia akan melihat akan hakikat perkara ini.

Penutup: Sepatutnya kita gunakan Ramadhan sebagai medan peningkatan
Maka sepatutnya kita kembali membersihkan matlamat dan niat, serta menjelaskan kefahaman mengapa kita beribadah di dalam bulan Ramadhan. Mengapa kita berusaha menjalaninya dengan baik. Mengapa kita berusaha mengejar ganjaran-ganjaran yang ada.
Hakikatnya adalah untuk menjadikan diri kita kuat. Kuat untuk melalui 11 bulan yang lain. Hal ini kerana, tuhan kita, Allah, wujud juga pada 11 bulan yang lain. Allah bukannya wujud di dalam Ramadhan sahaja.
Maka jika kita benar-benar hendak menjadi hambaNya, maka kita akan menggunakan peluang Ramadhan ini sebaik-baiknya.
Sepatutnya, demikian.
Maka apakah kita melaksanakan yang sepatutnya?
Atau kita telah terlupa bahawa Allah adalah Tuhan?





Aug 29th, 2010

Monday 4 June 2012

PRA-SYARAT KECEMERLANGAN AKADEMIK


Mencintai ILMU perlu dengan HATI YANG BERSIH, berkonsepkan sifat KENDIRI YANG POSITIF. Malah perlu kepada PERANCANGAN YANG RAPI dengan menilai KELEMAHAN DIRI berserta SANGGUP MELAKUKAN PERUBAHAN dan BERANI MENCUBA juga TABAH MENGHADAPI RISIKO.

PETUA MEMAHAMI PELAJARAN DENGAN BERKESAN
  1. PREVIEW (Imbas Kembali Tajuk-Tajuk Penting)
  2. QUESTION (Rajin Menyoal Guru)
  3. READ (Rajin Membaca)
  4. SELF-RECITATION (Menyebut Satu-Persatu)
  5. TEST (Ujian Kendiri


Wednesday 30 May 2012

كيف استعد للامتحان


الامتحان وسيلة لاكتشاف مدى التقدم العلمي الذي أحرزه الطالب خلال دراسته، ولإظهار مدى أهليته للانتقال إلى الصف الأعلى. فلا بد إذا من أن تستعد للامتحان استعدادًا كافيًا لتكون جديرا بالنجاح والتفوق.

  1. ابدأ فور معرفتك بموعد الامتحان بتنظيم برنامج دراسي خاص تلحظ فيه التقليل من أوقات الراحة والعمل الحر وزيادة أوقات الدرس واحرص على التقيد بهذا البرنامج بحزم طيلة أيام المراجعة. فمن الخطأ الجسيم أن تستعد للامتحان بجهد عادي كما تستعد ليوم مدرسي مهم عادي.
  2. وحذار أن تؤجل التحصير للامتحان إلى يوم الذي يليه فلن تحصد عندها إلا الخيبة والإخفاق لنفسك والمرارة والآلم لوالديك.
  3. ركز في مراجعتك على الأفكار الرئيسية لكل درس.
  4. وتأكد من مدى فهمك واستيعابك لها ولا تنسى أن تركز على الأجزاء الغامضة منها لتسأل مدرسك عنها.
  5. انتبه جيدا لملاحظات معلمك في أثناء المراجعة في الصف لأنه بالتأكيد سيركز جهوده وشرحه على الأمور الأساسية والمهمة جدًّا.
  6. احذر أن تجلس كما يجلس الكسالى وتبدأ في تخمين الأسئلة التي ستأتيك في الامتحان فتضيع وقتك الثمين في التخمين والتحرير والترجيح ثمّ تكون النتيجة المحزنة.
  7. من المفيد أن تنام ليلة الامتحان ثماني ساعات على الأقل لتكون مرتاحا جسميا ونفسيا وذهنيا ولتدخل الامتحان بكامل يقظتك وتوقد ذهنك.
  8. لا تنس أن تجمع جميع الأدوات والقرطاسية التي تحتاجها للامتحان ليلاً قبل أن تنام وأن تتأكد من أن أقلامك صالحة للاستعمال حتى لا تضيع صباح الامتحان للبحث والتفتيش فتضطرب أعصابك، وأهم هذه  الأدوات : (المسطرة - قلم رصاص - قلما حبر - محّاية - وغيرها)

Monday 14 May 2012

اهلا وســهلا و مرحــبا بكم


Selamat Datang ke Blog ITLA' Assalamualaikum wbt...

Terima kasih kepada semua yang mengunjungi blog Ittihad Tullab Lughah Arabiah (ITLA') yang baru sahaja dibina untuk kemudahan mahasiswa, mahasiswi INSANIAH dan juga kepada para pengunjung untuk mengenali persatuan.

Di dalam blog ini, Persatuan Kulliyyah Bahasa Arab INSANIAH (ITLA') akan sedaya upaya dengan izin Allah untuk menyediakan maklumat-maklumat yang berguna di samping akan menyampaikan perkara-perkara yang terkini kepada ahli persatuan dan juga kepada pengunjung blog ini.

Segala komen dan cadangan anda, amatlah kami alu-alukan..

Email Facebook Translate Google Blogger Yahoo Login

 
SENTUHAN OLEH : MOHD DAHARUDIN BIN HAJI DAUD | KULLIYYAH BAHASA ARAB INSANIAH